Pepatung atau sibur-sibur merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera. Ia dikategorikan bedasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang. Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, ia tetap tidak boleh berjalan. Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang.
Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk, dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalat, lebah, semut dan kupu-kupu. Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap kerana larvanya, yang juga dikenali sebagai “nimfa”, adalah bersifat akuatik.
Nimfa boleh memberi kesan gigitan yang menyakitkan apabila terancam. Pastikan anda membersihkan kawasan gigitan seluruhnya untuk mencegah jangkitan air tersimpan di bawah kulit.
Mentadak, mentadu, cengkadak atau cengkadu ialah sejenis serangga dalam susunan Mantodea. Kebanyakannya berada dalam famili Mantidae. Sebagaimana serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks, dan badan (abdomen). Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat. Segmen pertama dari tiga, protoraks, adalah memanjang dan darinya terdapat kaki hadapan yang diubah suai.
Beluncas atau ulat bulu ialah bentuk larva dari ahli dalam order Lepidoptera (order serangga yang mengandungi rama-rama dan kupu-kupu).
6:46 AM
Yvsygetve



Subscribe
Follow me!
0 comments:
Post a Comment