Monday, December 26, 2011

Macro

Pepatung atau sibur-sibur merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera. Ia dikategorikan bedasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang. Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, ia tetap tidak boleh berjalan. Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang.
Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk, dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalatlebahsemut dan kupu-kupu. Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap kerana larvanya, yang juga dikenali sebagai “nimfa”, adalah bersifat akuatik.
Nimfa boleh memberi kesan gigitan yang menyakitkan apabila terancam. Pastikan anda membersihkan kawasan gigitan seluruhnya untuk mencegah jangkitan air tersimpan di bawah kulit.


Mentadakmentaducengkadak atau cengkadu ialah sejenis serangga dalam susunan Mantodea. Kebanyakannya berada dalam famili Mantidae. Sebagaimana serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks, dan badan (abdomen). Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat. Segmen pertama dari tiga, protoraks, adalah memanjang dan darinya terdapat kaki hadapan yang diubah suai.

Beluncas atau ulat bulu ialah bentuk larva dari ahli dalam order Lepidoptera (order serangga yang mengandungi rama-rama dan kupu-kupu).

Read more »

Sunday, December 25, 2011

Kawal emosi jika mahu berjaya..

Untuk berjaya, ramai berpendapat bahawa Intelligent Quotient atau IQ  sangat penting. Tapi ramai tidak mengetahui bahawa selain IQ, Emotional Quoteint atau EQ juga amat penting untuk mencapai kejayaan. EQ berperanan besar dalam memastikan seseorang sentiasa berprestasi tinggi.

Bagi anda yang belum tahu apa itu EQ, penjelasan ringkasnya adalah kemampuan untuk mengenali dan mengawal emosi diri dan bukan biarkan diri dikawal oleh emosi. Orang yang berEQ tinggi mempunyai rasa tanggungjawab yang mendorong mereka mengerjakan tugas dengan baik.

Untuk mengembangkan EQ agar mencapai tahap yang ideal, cuba ikuti langkah-langkah yang berikut:

1. Fahami diri sendiri

Ketahui tahap emosi anda. Adakah anda termasuk dalam kategori yang sangat emosional atau biasa saja? Sedari apa yangg membuatkan anda marah, menangis, sedih, gembira dan bahagia. Semakin dalam anda mengenali diri sendiri, semakin mudah anda memahami orang lain.

2. Sedari kelemahan diri


Menyedari kekurangan dan kelemahan diri dapat membantu melatih emosi anda.Tetapi, setakat menyedari kelemahan dan kekurangan diri tanpa berusaha mengubahnya tentu bukan suatu sikap yang bijaksana. Berjanjilah pada diri bahawa anda pasti dapat mengubah kelemahan dan kekurangan itu.

3. Miliki rasa empati


Kalau anda merasa selesa dengan keadaan diri anda, ini bererti bahawa anda sudah mencapai fasa pengembangan EQ yang hampir ideal. Anda sudah dapat menerima dan mendengar pendapat orang lain sekali gus memahami kekurangan dan kelemahan orang lain.

4. Percaya diri


Sikap percaya diri merupakan salah satu modal kejayaan anda. Kalau anda yakin dengan kata hati dan kemampuan anda, anda akan dapat membuat keputusan yang paling tepat untuk hidup anda tanpa bergantung kepada orang lain.
Read more »

Saturday, December 24, 2011

Kerengga

Kerengga, nama saintifik Ocoephylla smaradgina, dalam Bahasa Inggeris "weaver ants, tergolong dalam Kelas Insekta, Order Hymenoptera, Famili Formicidae, adalah sejenis semut yang berkoloni. Sesuatu koloni terdiri dari Ratu, raja, pekerja (askar), anak (larva) dan kepompong.
Kerengga biasanya akan membina sarangnya yang diperbuat daripada daun-daun yang dilekat bersama. Sarang ini biasanya terletak tinggi dari tanah dan kerengga ini akan mempertahankan keseluruhan pokok tersebut daripada penceroboh, termasuk manusia yang cuba memanjat pokok tersebut. Ia akan menyerang secara beramai-ramai dan akan menggigit dengan kuat dan tidak akan mudah melepaskan gigitannya walaupun dibunuh.
Kadang-kala kerengga ini sengaja dilepaskan pada pokok buah bagi membantu menjauhi pokok buah tersebut daripada serangan serangga perosak.

Read more »

 
Powered by Blogger